Cara Buat Blog Sendiri Percuma & Mudah Menerusi Platform Blogger.com

Blog Asryzz - Masih ramai yang belum tahu tentang cara-cara buat blog sendiri. Bukan semua orang tahu buat buat blog sendiri. Baiklah, pada kesempatan ini saya akan kongsikan serba sedikit langkah/panduan untuk anda yang mahu membina sebuah blog anda sendiri. Cara buat blog yang akan saya kongsikan ini adalah menggunakan plaftform blogger.com. Kenapa saya menggunakan blogger.com? Kerana ia adalah satu platform percuma dan mudah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog. 

Cara Buat Blog Sendiri Percuma & Mudah Menerusi Platform Blogger.com

Blogger

Langkah 1 – Mula-mula sekali, anda hanya perlu ada akaun Gmail. Jika, belum ada sila daftar terlebih dahulu akaun Gmail anda di pautan ini.

Okay, bagi yang sudah ada anda boleh ke langkah seterusnya untuk buat blog sendiri menerusi platform Blogger.com

Langkah 2 – Sila masukkan ke Blogger.com dan log in menggunakan akaun Gmail yang sudah anda daftarkan tadi. 

Blogger

Langkah 3 – Masukkan nama blog anda (Contoh: Blog Saya) dan klik seterusnya.

Blogger

Langkah 4 – Masukkan domain URL untuk blog anda (Contoh: www.blogsaya.blogspot.com) dan klik seterusnya.

Blogger

Langkah 5 – Masukkan nama anda sebagai penulis blog (Contoh: David Beckham) dan klik selesai.

Blogspot

Dah siap! Mudah sahaja kan buat blog sendiri? Blog sudah siap dan anda boleh klik butang “New Post” dan publish artikel di blog. Saya harap langkah/panduan yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua yang ingin membuat blog sendiri. InsyaAllah, next post saya akan kongsikan pula cara-cara untuk anda cantikkan blog anda! Biar nampak macam professional hehehe.

Selamat mencuba. 


0 Response to "Cara Buat Blog Sendiri Percuma & Mudah Menerusi Platform Blogger.com"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel