Cara Hias Template blog Bagi Nampak Cantik Dan Menarik
Blog Asryzz - Ramai yang minta saya kongsikan macam mana nak edit blog bagi nampak cantik. Jadi, post kali ini saya kongsikan cara-cara nak hias blog bagi nampak cantik dan menarik. Bagi mereka yang belum ada blog dan teringin nak buat blog sendiri boleh baca post saya sebelum ini tentang cara-cara buat blog secara percuma menerusi platform blogspot.
Nak hias blog ini sebenarnya tidaklah begitu susah. Edit template blog sebenarnya cukup mudah jika anda tahu caranya. Saya edit template blog setiap kali saya buat blog baru atau mahu mengubah template yang sedia ada dengan perisian terkini.
Cara Hias Template blog Bagi Nampak Cantik Dan Menarik
Cara yang saya kongsikan ini untuk menghias blog adalah menggunakan template dari Vio Magz merupakan template yang saya gunakan untuk blog saya. Salah satu sebab mengapa saya gunakan template ini adalah kerana mempunyai bentuk yang paling mudah bagi pemula. Selain itu, template ini juga bagus untuk SEO (Seacrh Engine Optimization). Bagi yang ingin mencubanya, bolehlah download di pautan yang disediakan. Berikut merupakan langkah:
Cara mengubah template
Langkah 1 – Klik bahagian “Theme” dan kemudian klik anak panah di sebelah butang customize.
Langkah 2 – Klik “restore” & “upload”.
Langkah 3 – Pilih template yang sudah di download tadi dan klik butang open.
Selesai untuk proses mengubah template. Sekarang proses untuk menghias pula.
Langkah 4 – Klik bahagian “Layout”. Perhatikan di bahagian “Widget sidebar”, anda boleh “Add Gadget” yang anda mahu atau padam widget yang tidak mahu dipaparkan di blog anda.
Langkah 5 - Klik bahagian “Theme” dan klik butang “Customize”.
Langkah 6 – Klik “Advance”.
Langkah 7 - Jika anda perhatikan di sini, terdapat banyak bahagian yang boleh anda edit seperti page text, background, blog title, navigation menu dan banyak lagi. Jadi, hiaslah mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
Cara mengubah tulisan menjadi logo pada blog title
Sekiranya anda mempunyai logo dan ingin mengubah tulisan menjadi logo pada blog title anda, sila ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1 - Klik bahagian “Layout”. Kemudian perhatikan di bahagian Header dan klik “Edit”.
Langkah 2 – Klik “Choose file” dan pilih logo anda dan klik “Open”.
Langkah 3 – Tandakan “Instead of title and description” dan klik "Save".
Setakat itu sahaja perkongsian tentang cara-cara menghias blog menggunakan template Vio Magz. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih keliru bagaimana nak edit template blog. kita berjumpa lagi pada entri yang seterusnya berkaitan blog.
Selamat mencuba.
0 Response to "Cara Hias Template blog Bagi Nampak Cantik Dan Menarik"
Post a Comment