Cara Buat dan Pasang Privacy Policy dan Disclaimer Mudah di Blog

Blog Asryzz - Cara Buat dan Pasang Privacy Policy dan Disclaimer Mudah di Blog | Anda baru membina sebuah website atau blog? Pasti anda pernah melawat ke website ataupun blog-blog lain untuk mendapatkan inspirasi atau dijadikan contoh untuk anda membina website atau blog anda sendiri. Jika anda perasan terdapat banyak ciri-ciri yang perlu dilengkapkan untuk menjadikan sebuah blog itu nampak menarik dan berkualiti. Perasan tak di blog atau website yang anda melawat itu terdapat menu-menu seperti Privacy Policy, Disclaimer, Sitemap, About dan Contact. Pernah nampak kan?

Jika sesebuah blog itu ada perkara-perkara seperti diatas, ia merupakan ciri-ciri blog yang menarik dan berkualiti. Malah, ia juga merupakan antara syarat untuk blog anda diterima Google Adsense. Ia merupakan salah satu platform yang membolehkan para blogger atau pemilik website untuk menjana pendapatan secara online. Tapi, sayangnya ramai dalam kalangan penulis blog yang masih tidak berjaya memohon Google Adsense ini, salah satu puncanya adalah laman blog yang tidak lengkap seperti yang dinyatakan diatas. Laman page ini perlu dibuat terlebih dahulu sebelum anda mendaftar Google Adsense supaya mudah diterima Google Adsense.

Jadi, pada kesempatan ini saya nak kongsikan cara buat laman page Privacy Policy, Disclaimer, Sitemap, About dan Contact ini. Untuk membuat sitemap, anda perlu senaraikan semua entri yang pernah anda post di blog. Untuk About anda boleh ceritakan secara ringkas niche blog atau topik yang ingin dibicarakan. Dalam erti kata lain, blog anda nak cerita tentang apa? Contoh makanan, travel, kesihatan, finance atau apa sahaja yang anda suka. Pastikan anda tetapkan dahulu niche blog anda dan ceritakan secara ringkas dalam laman page About. Untuk contact pula, sediakan satu ruangan atau kaedah bagaimana pengunjung blog anda boleh menghubungi anda sekiranya perlu seperti alamat e-mail anda. Privacy Policy dan Disclaimer, akan dikongsikan dalam entri ini. 

Cara Buat Privacy Policy dan Disclaimer Mudah di Blog

Blog

Untuk membuat Privacy Policy dan Disclaimer di blog atau website sebenarnya tidaklah begitu susah jika anda memahaminya. Tambahan lagi, anda tak perlu lagi nak mengarang ayat sendiri. Ini kerana sekarang sudah ada sebuah website yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma dan mudah digunakan untuk mereka yang baru membina sebuah blog atau website. Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

Baca Juga: Cara Buat Blog Sendiri Percuma

Cara Buat Privacy Policy

Pertama sekali, untuk membuat Privacy Policy, masuk ke laman web https://www.privacypolicyonline.com/

Privacy Policy

Klik Generate Privacy Policy dan isi semua ruangan kosong di bahagian Website/App, Clauses dan Contact. Di bahagian Clauses tandakan yang anda perlu sahaja. Akhir sekali, klik Create Policy Privacy.

Privacy Policy

Selepas itu, copy kod HTML yang dipaparkan dan paste di bahagian blog post iaitu di (Pages > New Page > tukar kepada HTML view). Jangan lupa berikan nama tajuk sebagai Privacy Policy. Jika selesai, tekan publish. Jadi, selesai untuk Cara Buat Privacy Policy.

Blogspot


Cara Buat Disclaimer

Untuk membuat laman Disclaimer, caranya sama sahaja dengan Privacy Policy tadi. 

Blog Disclaimer

Klik Generate Disclaimer dan isi semua ruangan kosong di bahagian Website dan Contact Details. Jika selesai, tekan Create Disclaimer

Blog Disclaimer

Akhir sekali, copy kod HTML dan paste di bahagian blog post. Langkah yang sama sebelum ini iaitu di (Pages > New Page > tukar kepada HTML view) dan berikan nama tajuk sebagai Disclaimer. Jika sudah, klik publish.

Selesai Cara Buat Privacy Policy dan Disclaimer Mudah di Blog. Harap perkongsian ini dapat membantu anda semua. 

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan sedikit sebanyak dapat membantu anda melengkapkan laman blog anda agar nampak lebih teratur dan kemas serta memudahkan anda untuk memohon Google Adsense nanti. 

Selamat mencuba:)

Baca Juga: Cara Buat Widget Recent Post Bergambar Mudah Dan Cantik


0 Response to " Cara Buat dan Pasang Privacy Policy dan Disclaimer Mudah di Blog"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel