5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Ramai Tak Tahu
Blog Asryzz - Cara Buat Duit Dengan Blog | Masih ramai yang tanya betul ke blog boleh buat duit? Kalau boleh bagaimana cara jana pendapatan menerusi blog? Bukan semua yang tahu buat duit dengan blog sendiri. Sebenarnya, blog merupakan salah satu platform yang membolehkan kita jana income sampingan melaluinya kalau kita tahu cara-caranya.
Masa mula-mula terjebak dalam dunia blog, tak tahu pun dengan menulis blog ini sebenarnya boleh jana pendapatan sampingan. Bila dah lama-lama tu, baru tahu yang blog pun boleh jana income.
Jadi, pada kesempatan yang ada ini, aku nak kongsikan 5 cara buat duit menerusi blog yang boleh anda cuba. Ianya berdasarkan pengalaman aku sendiri yang berkecimpung dalam dunia blog sejak tahun 2019.
5 Cara Buat Duit Dengan Blog
1. Google Adsense
Ini antara salah satu platform yang boleh anda cuba iaitu Google Adsense. Kebanyakan para blogger mereka akan mohon Google Adsense. Bagi anda yang tidak tahu apa itu Google Adsense, ia adalah salah platform untuk anda jana income secara online dengan meletakkan banner iklan di blog anda. Kebiasaannya youtuber pun akan apply Google Adsense ini untuk youtube channel mereka. Antara sebab platform ini paling digemari adalah anda dengan mudah boleh buat duit dalam mata wang asing iaitu USD. Pendaftaran pula adalah percuma. Bagi anda sudah ada blog, bolehlah cuba mohon Google Adsense ini. Selain Google Adsense, ada juga platform pengiklan lain yang boleh anda cuba seperti Nuffnang, Komli Media dan sebagainya.
2. Affiliate Program
Selain Google Adsense, anda juga boleh buat duit secara online menerusi blog dengan sertai affiliate program. Apa itu affiliate? Secara umumnya konsep adalah sama seperti dropship. Anda menjadi orang tengah, mempromosikan produk orang lain dan kemudiannya anda akan mendapat komisyen jika ada pembeli yang membeli produk yang anda promosi tersebut melalui link affiliate anda. Lebih banyak jualan yang anda peroleh, maka lebih banyak komisyen anda akan terima.
Kalau kita teroka, sebenarnya ada banyak program affiliate yang boleh kita daftar secara percuma. Salah satunya adalah dari laman web Klikjer.com. Ramai otai-otai yang dah serjaya buat duit melalui Klikjer ni sehingga mencecah 3-4 angka sebulan. Menarik kan? Hanya dengan menulis sambil-sambil promosi di blog, tup tup komisyen masuk. Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, boleh melawat ke website mereka.
3. Jual Produk Sendiri
Jika tadi, affiliate program mempromosi produk orang lain. Anda juga boleh jual produk anda sendiri di blog. Selain menggunakan platform facebook, instagram dan sebagainya, Blog atau website juga merupakan platform yang boleh anda promosikan produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual produk kecantikan muka, anda boleh menulis content tentang tips penjagaan muka, cara menghilangkan jerawat dan sebagainya di blog anda. Apabila orang search tips penjagaan muka di enjin carian google, mereka akan jumpa blog anda dan secara tidak langsung produk anda akan dikenali. Ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan dengan menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimzition).
4. Sewaan Tapak Iklan
Sekiranya blog kita mempunyai trafik yang tinggi dan konsisten sepanjang masa, kita juga boleh jana income melalui blog dengan menawarkan servis sewaan tapak atau ruang iklan di blog kita dengan bayaran tertentu dan masa tertentu. Kebiasaannya banner iklan ini akan dipasang di bahagian yang senang pelawat untuk melihat iklan tersebut. Contohnya, di bahagian sidebar atau header di blog kita. Jika blog anda mempunyai trafik yang tinggi, ini adalah salah satu cara untuk anda buat duit dengan blog.
5. Menawarkan Servis Paid Review
Akhir sekali adalah menawarkan servis paid review di blog. Anda akan dibayar oleh client anda untuk menulis artikel dan review tentang produk mereka di blog. Anda boleh tetapkan harga tertentu untuk sebuah artikel. Kebiasaannya, blog yang menawarkan servis adalah blog yang memiliki followers dan trafik yang tinggi. Bagi yang baru buat blog, tulis saja artikel di blog. Jika ada client atau syarikat yang berminat dengan blog anda untuk review produk mereka, mereka akan hubungi anda.
Inilah antara 5 cara buat duit dengan blog yang boleh anda cuba. Sebenarnya ada banyak lagi cara, tetapi aku nak kongsikan 5 cara ini dulu. Harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
0 Response to "5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Ramai Tak Tahu"
Post a Comment