Ini Adalah Cara Membuat & Memasang Favicon Blog Mudah di Blogspot
Blog Asryzz - Cara Membuat & Memasang Favicon Blog Mudah di Blogspot | Jika anda merupakan seorang sudah lama terjun dalam dunia blogger, pasti anda pernah dengar satu perkataan yang namanya favicon. Tetapi, bagi yang baru nak mula berjinak-jinak dengan blog perkataan ini mungkin agak asing bagi anda.
Jadi, ada baiknya aku terangkan secara ringkas apa itu favicon blog. Bagi yang belum mengetahuinya, ia adalalah sebuah logo yang muncul ketika blog kita dibuka. Kedudukan logo ini terletak di bahagian atas browser. Kalau yang baru buat blog, perasan tak ada logo Blogger. Untuk menjadikan blog atau website anda lebih menarik dan cantik, anda boleh gantikan logo blogger tersebut dengan logo blog anda.
Malah blog juga akan kelihatan lebih professional dan mempunyai ciri tersendiri yang mudah diingati oleh pengunjung. Sebenarnya, untuk memasang favicon di blog ini sangat mudah. Bagi blogger baru yang masih keliru, di bawah merupakan cara-caranya:
Cara Buat Favicon Blog
- Untuk membuat logo favicon, anda boleh membuatnya di Photoshop, Adobe Illustrator atau aplikasi-aplikasi yang lain mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
- Pastikan logo mempunyai ukuran tinggi dan lebar yang sama panjang dan saiz gambar tidak melebihi 100 KB
- Jika sudah siap membuat logo favicon, pastikan anda save logo tersebut dalam bentuk PNG supaya kelihatan lebih menarik.
Baca Juga: Cara Memasang Widget Recent Post di Blogspot
Cara Pasang Favicon di Blog
Langkah 1 - Lepas dah siap membuat logo favicon, masuk ke menu “Setting”. Jika anda perhatikan di bahagian Basic, terdapat menu untuk favicon seperti gambar di bawah. Tekan pada Favicon tersebut.
Langkah 2 – Tekan “Choose file” dan pilih logo favicon anda. Pastikan logo favicon anda tidak melebihi 100 KB. Jika sudah, tekan “Save”.
Selesai! Mudah sahaja kan pasang favicon di blog? Untuk makluman semua, selepas selesai sahaja memasang logo favicon ini di blog, favicon tersebut tidak akan segera muncul. Berdasarkan pengalaman aku, ia mengambil sedikit masa untuk logo favicon tersebut muncul di blog.
Harap perkongsian mudah dan ringkas membuat favicon di blog ini bermanfaat kepada semua. Semoga dengan cara ini, sedikit sebanyak memberikan blog anda nampak lebih menarik dan professional. Selamat mencuba :)
Baca Juga: Cara Menghias Laman Blog Mudah dan Ringkas
0 Response to " Ini Adalah Cara Membuat & Memasang Favicon Blog Mudah di Blogspot"
Post a Comment