Cara Daftar google Adsense di Blogger Terbaru 2021

Blog AsryzzCara Daftar google Adsense di Blogger Terbaru 2021 | Kalau korang pernah ingat lagi, aku pernah post entri pasal blog yang sebenarnya kita boleh buat duit melaluinya. Salah satunya yang aku senaraikan adalah Google Adsense. Sebenarnya ada banyak lagi. Bagi anda yang belum lagi singgah ke entri tersebut, bolehlah baca terlebih dahulu.

Baca Juga: Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Ramai Tak Tahu

Jadi, dalam entri kali ini, aku tak nak lagi cerita pasal cara-cara buat duit dengan blog, tetapi aku nak kongsikan tentang Cara-Cara Daftar Google Adsense di Blog bagi membolehkan anda jana income daripada blog. Seperti yang pernah aku jelaskan dalam entri sebelum ini, nak daftar Google Adsense ini, blog anda perlulah memenuhi segala kriteria atau syarat-syarat yang ditetapkan supaya blog anda diterima Google Adsense. Bagi yang baru terjun ke dunia blog dan juga berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku nasihatkan korang untuk konsisten dalam menulis blog sehingga 3 ke 6 bulan bagi memudahkan urusan anda untuk mendaftar Google Adsense. Sentiasa update blog dari masa ke semasa. Sebab Google Adsense ni suka blog-blog yang aktif untuk bekerjasama dengan mereka.  

Cara Daftar google Adsense di Blogger Versi Terbaru 


Blogger

Langkah 1 - Tekan menu "Earnings" di paparan blogger anda dan kemudian tekan butang "Connect Adsense".

*Pastikan korang isi semua maklumat yang diminta dengan betul dan tepat. Jika sudah selesai mengisi semua maklumat, blog anda sekarang telah berada dalam pemantauan pihak Google Adsense untuk di review. 

Google Adsense


Langkah 2 - Langkah seterusnya yang perlu anda buat, tekan menu "Ads" → "Overview". Jika selesai, tekan pula butang "Get code" dan copy kod HTML tersebut. 

Google Adsense


Langkah 3 - Masuk semula ke paparan blogger dan tekan menu "Theme". Jika selesai, tekan butang "Customize" dan kemudian "Edit HTML"

Blogger


Langkah 5 - Paste kod html yang anda copy sebentar tadi di bawah kod "Head" seperti yang tertera di dalam gambar di bawah. Dan kemudian tekan "Save"

Blogger


Selesai! Blog anda sekarang sedang berada dalam pemantauan pihak Google Adsense. Berdasarkan pengalaman aku, proses ni mengambil masa selama seminggu bagi memaklumkan blog korang berjaya atau tak melalui email korang. Aku harap korang berjaya melepasi tahap ni hehehe. Selamat maju jaya!

Baca Juga: Perkara Wajib Buat Sebelum Daftar Google Adsense!

Semoga bermanfaat :)


0 Response to "Cara Daftar google Adsense di Blogger Terbaru 2021"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel